Pendidikan Silat Lintau PPSSLM

Melayu tak hilang di dunia

  • Kategori

  • Arkib

Pendidikan Pancaindra Seni Silat Lintau

Posted by Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia di Februari 22, 2011

Pergerakan untuk mengimbangi tenaga zahir dan batin. Oleh itu pergerakan silat merangkumi pergerakan tenaga raga, jiwa, jasmani dan rohani. Keseimbangan pergerakan ini sudah tentulah menuju kepada amalan mengenal diri dan tuhanNya.

Kecergasan pergerakan raga dalam persilatan sudah tentulah memerlukan kesihatan tubuh badan yang menuntut kebersihan seperti berwuduk dan mandi. Kesedaran pergerakan tenaga batin pula memerlukan kesihatan jiwa yang menuntut kesucian dengan berzikir untuk mengingati tuhan. Keseimbangan pergerakan jasmani memerlukan kesegaran nafas yang menjana tenaga pergerakan keseimbangan tubuh badan. Amalan pergerakan jasmani yang sempurna membina pendirian untuk mengenali tuhan semesta alam.

Oleh itu dibidang persilatan sudah tentulah melibatankan mengenai perguruan. Pengunaan bahan untuk membersihkan badan seperti air, limau (seperti sabun), garam dan sebagainya untuk mencuci kekotoran. Berzikir dan membaca ayat suci untuk membersihkan jiwa. Bersilat mengimbangi pergerakan tubuh badan untuk menyegarkan pernafasan. Dan membina pendirian untuk mengenal tuhanNya.

Penyakit yang keluar ketika beramal membina kesihatan diri adalah kekotoran zahir seperti daki dan kuman. Kekotoran batinnya syaitan, Kekotoran jasmaninya berhantu, kekotoran rohaninya hawa nafsu. Kesihatan amalan tersebut adalah kecerian, ketenangan, keseimbangan dan kesejahteraan. Maka setiap amalan itu adalah sudah tentu mengeluarkan kekotoran untuk menghasilkan kebersihan yang membina kesihatan rohani dan jasmani.

Amalan membersihkan jiwa seperti berzikir sering disetai dengan pergerakan tubuh badan untuk mengimbangi jiwa raga seperti bersilat, meratib dan menari. Jika kita perhatikan terdapat amalan tarikat yang mengoyangkan tubuh badan ketika berzikir seperti meratib dan menari malah bersilat (bila naik syeikh kata mereka).

Adalah harus mereka yang beramal menerima bantuan dari tuhan menerusi makhluknya seperti malaikat, jin, manusia, haiwan, kayu, batu, besi dan sebagainya kerana para Nabi dan RasunNya pun beroleh anugrah seperti sedemikian.

INTRI WEBLOG INI SEDANG GIAT DISUSUN DARI MASA KESEMASA !

Posted in Uncategorized | 1 Comment »

Hello world!

Posted by Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia di Februari 21, 2011

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Posted in Uncategorized | 1 Comment »